Kali ini ibu nak cerita pasal satu penyakit yang di hidapi oleh damia...Mana la tau bila damia besar nanti damia lupa lak, tapi kita sentiasa memperkatakan tentang penyakit yang damia hadapi ini. bermula awal tahun 2008, selepas ibu menceraikan susu damia, ibu bagi susu formula untuk damia..hampir 2 bulan minum susu formula itu, damia macam tidak selesa dengan diri sendiri..sering mengaru-garu dan tubuh pula mula kelihatan bintik-bintik merah..tapi ibu masih tak tau apa puncanya..Rupa2 nya damia alerggik susu formula.
Hari demi hari damia makin gatal dan tak bhenti menggaru..kulit mulai luka bermula kat badan melarat ke tangan kemudian ke kaki dan terus ke kepala..ibu dah bawa damia ke klinik tapi doktor hanya cakap jangkitan kuman. tapi ubat yang di beri langsung tak berkesan..
Akhirnya ibu terpaksa bawa damia pulang ke kampung untuk di rujuk kepada doktor pakar di HUSM..doktor menyatakan yang damia menghadapi penyakit EKZEMA.. penyakit yang tak pernah ibu dengan sebelum ini..
Keadaan damia masa itu cukup teruk, rupa damia yang cute dulu langsung tak kelihatan, ibu dah kering air mata melihatkan keadaan damia..Tapi ibu mesti tabahkan hati dengan sokongan dari babah di sisi..Ujian kali ini cukup menguji jiwa. Selera makan pun entah kemana, bak kata pepatah, berat mata ibu yang memandang, berat lagi damia yang menanggung kan?..Ibu cari banyak maklumat pasal penyakit ni..dan banyak maklumat yang dapat membantu ibu untuk merawat damia..Ada juga Orang lain yang menghadapi penyakit macam damia..
Setiap bulan kita balik kampung untuk jumpa pakar kulit, alhamdulillah bermula bulan 5, penyakit damia beransur pulih.. Then babah bertemu dengan produk minyak kelapa dara dan ingin mencuba untuk damia..pada 2 minggu pertama menggunakan minyak kelapa dara tu, kulit damia jadi merah. Ibu nak menghentikan penggunaan tapi babah kata itu mungkin tindakbalas awal, so we go on dgn minyak itu...selang seminggu, ibarat keajaiban berlaku bila kulit damia semakin sembuh dengan cepat.. dalam tempoh 2 bulan kulit damia dah 80% okey... Ibu amat bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana di pertemukan dengan produk tu..hujung tahun 2008 Alhamdulillah kulit damia dah 100% sembuh, tapi penyakit ini masih tak hilang kerana ia adalah penyakit darah..Doktor kata penyakit ni akan datang dan pergi.. Kalau pandai control pemakanan dengan baik, penyakit ini masih boleh di kawal..
Ibu ada baca blog orang lain yang anak mereka menghidap penyakit Ekzema ni.. Ibu faham apa yang mereka alami dan rasai. Rasa ingin membantu cukup menebal dalam hati ibu.. Kerana penyakit ini juga membuatkan si pesakit tidak di senangi oleh orang ramai.. Buat masa sekarang damia perlu berpantang sehinggalah damia dewasa. Tak per la damia ek.. Yang pasti damia tak boleh makan;
- Susu Tepung Formula
- Kekacang
- Bijirin
- Ayam, Telur, Ikan Bilis, Ikan Tongkol
- Junk Food (langsung tak berkhasiat sebenarnya)

No comments:
Post a Comment