Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana telah menganugerahkan zuriat ke dua buatku. Hari ni, ibu telah buat pregnancy test dan bdebar2 tunggu resultnya..dan Alhamdulillah, positif. maknanya ibu dah mengandung la damia.. Damia bakal dapat adik tau.
Damia org pertama yang ibu bgtau, bukan main suka lagi bila ibu cakap dalam perut ibu dah ada baby. Damia tersengih2, ntah faham ke tak..hehehe Nanti damia takkan kesunyian lagi. Babah orang jedua yg tahu, babah pun tersenyum jer memanjang. Suka sgt dan babah arap dapat anak lelaki. tapi bg ibu, ibu tak kisah dapat lelaki atau perempuan, asalkan sihat dan sempurna. Ibu akan jaga kandungan ini sebaik mungkin. Ibu kena control makan, kalau blh ibu nak elakkkan makan seafood, takut effect pada baby plak.
Zaman sekarang ni ramai bayi2 yg bermasalah dan hidapi pelbagai penyakit, mungkin salah satu sebabnya pemakanan dari ibu. That why la ibu perlu berhati2 bab makan ni. Damia pun dah byk alami penyakit kulit,so kalau bleh ibu tak nak adik damia pun dapat penyakit yang sama. Acik dan Alang pun dah pregnant skrg ni, so dlm family kita 3 orang la tgh mengandung..
Apa yang ibu risaukan ttg alahan. Tapi mintak2 ibu tak alahan yang teruk2 ek. masa ibu kandungkan damia dulu, ibu hanya alami morning sickness yang biasa2 jer. Di harap kali ni pun mcm tu lah..Sukanya dalam hati ni, kerana ibu memang mengharapkan kali ni ibu dapat mengandung. Nanti lagi meriah la family kita ek..sejak kemarin ibu dah mula rasa2 pening dan loya. sebab 2 la ibu buat pregnancy test..damia kan suka sgt dengan baby, sebelum ni pun selalu damia selalu ckap dalam perut ibu ada baby dan buat2 cakap dgn baby. sekarang ni dah betul2 ada baby dalam perut ibu. Semoga sepanjang kehamilan ini, ibu dapat menempuhinya dengan tabah. Amin.
5/17/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

testing
ReplyDelete