7/11/09

Alah Susu Lembu Lagi?

Sememangnya damia alah pada susu lembu, tp bila ibu terbaca satu artikel oleh pakar kanak2 mengenai alahan ini akan hilang bila kanak2 berumur 2 hingga 5 tahun, hati ibu terasa cukup lega. So, ibu amik keputusan utk mencuba sekali lagi tuk damia. Last damia minum susu lembu pada jan 2008... Sekarang ni dah hampir seminggu damia minum susu lembu, nampaknya tak der tanda2 alahan lg, setakat ni lerrr. tapi ibu kena tgk tuk 2 minggu lagi. kalau masih tak der apa2 simptom alahan, maknanya damia dah tak alah pd susu lembu lg. Syukurlah kalau dah tak alah, at least damia akan dapat kembali zat kalsium yg dah hampir 2 tahun damia tak dapat zat kalsium...

Damia masih lagi menggaru, tp ibu kena make sure puncanya dari apa.. Selera makan damia pun dah ok. lega sesgt hati ibu ni. Damia pun suka minum susu dugro tu, tp kena yg berperisa coklat ler. Betul la apa yg kwn ibu cakap yg milo boleh menggugurkan rambut dan menjadi penyebab gigi rosak.. Memang gigi damia dah 4 btg tak dpt diselamatkan. karies pun dah ada. risau ibu....

6/14/09

Adam Dah Balik Kg.

Semalam Adam dah balik kg. dia dtg singgah dan tidur semalaman kat umah damia.. Bila adam dah dtg damia pulak asyik nak bergaduh jer..sekejap jer main elok2. pastu asyik berebut mainan.. Tapi ibu tgk adam lebih bertolak ansur berbanding damia.

Seronok Adam dtg kan, kita pergi mandi air terjun kat blkg umah kita ni semalam..Damia nangis jer takut nak mandi, just rendam kaki jer..air nya memang sejuk fffuuuuuu.. Menggeletar. Adam mula2 crying, tapi bila pujuk dgn ball, dia pun suka dah main air..Tapi kita dpt main kat air paras pinggang ibu jer..kat tingkat bawah tu ada orang dok ngail, tak dpt la mandi kat situ..

Mak lang kata nanti dia nak dtg lagi, tak puas mandi air terjun..Lain kali ibu harap damia dapat bertolak ansur dgn sesaper pun ok sayang...

6/7/09

Belajar Bertolak Ansur

Selama 2 minggu kita kat kampung, mcm2 karenah damia buat yee.. Kekadang ibu tgk damia seronok jer bermain dgn sepupu2. Pastu mula la kedengaran tangisan damia, pasal damia berebut mainan dgn sepupu2. Damia suka amik mainan sepupu2 damia yang damia berkenan. Apa lagi nerebut la, bila damia dah crying, fuuu susah nak pujuknya. Terpaksalah sepupu damia mengalah. Diaorang pun dah tau akan sikap damia. Ibu tak berapa berkenan dgn perangai begitu, tp tak bleh gak ibu nak salahkan damia, kerna damia tak pernah berkongsi barang mainan dgn sesapa. Almaklum la, damia takder adik beradik, ada adik pun baru berusia 2 bulan dalam perut ibu ni.

Mungkin juga perangai damia jd begitu sbb babah selalu belikan mainan tuk damia dan penuhi segala kehendak damia. Cam ni la kesannya, dah berkali ibu nasihatkan babah agar tidak terlalu manjakan damia dgn barang2 mainan. Damia perlu belajar bertolak ansur dan berkongsi, kalau dah ada adik nanti, ibu harap sikap damia dapat berubah. Mulai sekarang permintaan damia tak dapat ibu dan babah penuhi segalanya. Ibu tak nak nanti kami salah beri didikan pada damia... Bila dah makin besar, ibu harap damia akan mengerti nape ibu bt cam ni. Kekadang ibu dan babah akan bertegas dgn damia kalau damia buat sesuatu yang tidak baik...ibu nak damia menjadi anak yg baik budi pekertinya..

5/19/09

Ibu Serba Salah.

Hari ni, jiran kita kak ni tnya ibu nak tak mengasuh anak orang, emmm sukanya.. Ibu suka sgt dgn baby ni, terus ibu setuju selepas berbincang dgn babah. Baby tu skrg ni baru sbulan lbh tak silap ibu la. Anak staff uitm ni gak. Babah pun tak kisah, sekurang2nya damia akan ada kawan..
Ibu pun berkongsi la cerita ni dgn member ibu, dan dia menasihati ibu supaya batalkan niat ibu itu, kerana ibu baru je hamil, jadi dia risau kot2 ibu tak larat.

Lagipun dlm masa terdekat ni ibu akan alami morning sickness, mana la tau nanti dok pening n loya2 mcm mana lak nak jg anak orang lak kan.? betul apa yang kwn ibu cakap tu, demi kebaikan ibu gan. Sepatutnya time2 mgandung ni ibu perlu di jaga dan bukannya menjaga kan?..Tapi frust la gak ckit sebab ibu suka sgt dgn baby ni.

Kita tengok la nanti cam mana keadaan ibu, kalau bln dpn alahan ibu teruk, terpaksa la ibu cancel kan. tapi kalau ibu ok ajer, tak salah ibu ngasuh babay kan..at least tak la ibu ni manjakan diri sgt. kena gak aktif walau pun dah megandung....wait n c la nanti..

5/17/09

Damia Bakal Dapat Adik..

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana telah menganugerahkan zuriat ke dua buatku. Hari ni, ibu telah buat pregnancy test dan bdebar2 tunggu resultnya..dan Alhamdulillah, positif. maknanya ibu dah mengandung la damia.. Damia bakal dapat adik tau.
Damia org pertama yang ibu bgtau, bukan main suka lagi bila ibu cakap dalam perut ibu dah ada baby. Damia tersengih2, ntah faham ke tak..hehehe Nanti damia takkan kesunyian lagi. Babah orang jedua yg tahu, babah pun tersenyum jer memanjang. Suka sgt dan babah arap dapat anak lelaki. tapi bg ibu, ibu tak kisah dapat lelaki atau perempuan, asalkan sihat dan sempurna. Ibu akan jaga kandungan ini sebaik mungkin. Ibu kena control makan, kalau blh ibu nak elakkkan makan seafood, takut effect pada baby plak.

Zaman sekarang ni ramai bayi2 yg bermasalah dan hidapi pelbagai penyakit, mungkin salah satu sebabnya pemakanan dari ibu. That why la ibu perlu berhati2 bab makan ni. Damia pun dah byk alami penyakit kulit,so kalau bleh ibu tak nak adik damia pun dapat penyakit yang sama. Acik dan Alang pun dah pregnant skrg ni, so dlm family kita 3 orang la tgh mengandung..

Apa yang ibu risaukan ttg alahan. Tapi mintak2 ibu tak alahan yang teruk2 ek. masa ibu kandungkan damia dulu, ibu hanya alami morning sickness yang biasa2 jer. Di harap kali ni pun mcm tu lah..Sukanya dalam hati ni, kerana ibu memang mengharapkan kali ni ibu dapat mengandung. Nanti lagi meriah la family kita ek..sejak kemarin ibu dah mula rasa2 pening dan loya. sebab 2 la ibu buat pregnancy test..damia kan suka sgt dengan baby, sebelum ni pun selalu damia selalu ckap dalam perut ibu ada baby dan buat2 cakap dgn baby. sekarang ni dah betul2 ada baby dalam perut ibu. Semoga sepanjang kehamilan ini, ibu dapat menempuhinya dengan tabah. Amin.

5/13/09

Ambil Ubat Lagi

Semalam kita pergi klinik ambil ubat cream dan ubat alergik ADEZIO tuk damia. Damia makan macam2 sejak 2 menjak ni, tp under control lg. Ibu risau tgk damia asyk garu jer, takut jd mcm dulu jer..Na'uzubillah.
Bila dah 3 kali sapu nampaknya dah kurang damia mengaru, Alhamdulillah. Pg ni damia kena wake up awl pg, teman ibu pergi pasar, tapi yang pyh pegi ngan damia, psl damia asyik nak di dokong. Susah ibu nak memilih lauk pauk, belah kiri damia,belah kanan basket. Ibu tak nak ajak babah skali sbb babah tgh keje. Lagipun tak syok pg beli dgn babah, asyik nak rush ajer, nak memilih pun tak senang..

5/11/09

Nape la sayang tak berselera..

Ibu dah bg macam2 tuk damia mkn, tp semua damia tolak. Siap lari dan ttp mulut lg.. Apa lg yang ibu nak masak ni?. Bila la damia nak besar kalu mkn cam gini jerr. huhu.. Ibu masak tak sdp ke? Nanti ptg ni kta mkn kat luar yee. mana la tau damia berselera.. Nak makan mcm2 tak boleh sbb damia kena berpantang..asyik minum milo jerr... ibu pun dah jd blur nak bg mkn apa, haaaa, kalu ibu bg gula2 rasanya damia tak tolak.. tapi no..no..no.. damia kena kurangkan make gula2 tau, tak berkhasiat pun. Ptg ni kita g beli buah.

Dr pg td lagi asyik tengok astro ceria jerr..padahal criter yg sama jer tiap2 hari.. nak kawan takder kwn la pulak. kak najihah kat depa umah pegi sekolah.. tahun dpn ibu nak hantar damia ke taska, nak bg damia bergaul dan berkawan. ibu tau damia excited nak pg sekolah...Sabar yee sayang.
 

Design By:
SkinCorner